Kerjaya Kudsia Kahar

Radio

Kudsia memulakan kerjaya radio terawalnya sebagai juruhebah Rediffusion Radio Network (RCN) di bawah pengurusan AmBank selama dua tahun setengah.[4] Beliau kemudiannya berkhidmat di Radio Muzik pada 1994. Dua tahun kemudian, Kudsia menyertai rangkaian TV satelit ASTRO yang mana beliau merupakan salah seorang eksekutifnya sebelum memegang jawatan sebagai Pengurus Rancangan Hitz FM.[4]

Beliau berhijrah ke Era yang ketika itu, baru sahaja memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Semasa khidmatnya di Era, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Rangkaian Era dan Sinar. Jawatan terakhir beliau di AMP ialah senagai Naib Presiden Media Baru di AMP Radio Networks (kini Astro Radio).[4]

Beliau menyertai Star Radio Group Berhad sebagai Ketua Pegawai Operasinya pada 16 Julai 2012[4][5] sehingga 18 Oktober 2015.[6] Kudsia juga memegang jawatan Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) bagi penggal kedua.[7]

Lakonan

Kudsia memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi beberapa filem termasuk KL Menjerit (2002) dan Laila Isabella (2003).[8]

Kudsia+Co

Kudsia merupakan pengasas syarikat miliknya, Kudsia+Co yang ditubuhkan pada November 2015. Ia menawarkan perkhidmatan berkaitan latihan dan pembangunan wanita dan ibu tunggal di seluruh Malaysia serta kursus pengucapan awam dan perkongsian ilmu untuk mengukuhkan kerjaya penyampai radio.[9]